Powered by Blogger.
 

Friday 20 August 2010

Laporan JOM! @ Sekolah 2010

0 comments

Segala puji bagi Allah tuhan semesta alam.
Dengan limpah kurnianya, satu lagi program JOM! telah berjaya diadakan pada 19 Ogos 2010 bertempat di SMK Putrajaya Presint 8 (1).

Krew JOM telah berkesempatan melawat sekolah tersebut untuk mengadakan satu pendedahan kerjaya, terutamanya berkaitan bidang perubatan.

Alhamdulillah, sambutan diberikan oleh pihak sekolah & para pelajar adalah amat memberangsangkan.

Lebih dari 40 orang pelajar aliran sains tulen telah berkumpul di dewan auditorium sekolah tersebut untuk mendengar taklimat. Mahasiswa & siswi perubatan yang terdiri dari pelbagai negara telah berkongsi pengalaman-pengalaman menarik mereka semasa berada di luar negara.

Ternyata minda para pelajar sekolah tersebut kini lebih terbuka bahawa, dengan menjadi doktor bukanlah semata-semata untuk duduk di hospital sahaja tetapi lebih dari itu.

Harapan kami pada perjumpaan tersebut, semoga sedikit sebanyak para pelajar di peringkat persekolahan mendapat idea berkaitan bidang perubatan, justeru supaya terus berusaha untuk menggapai cita-cita yang diimpi.

Diharap pada masa akan datang program JOM! sekolah ini akan terus berkembang agar dapat melahirkan lebih ramai lagi doktor-doktor muslim yang berjaya, insyaAllah.

0 comments:

Post a Comment