Powered by Blogger.
 

Thursday 12 August 2010

Kata-Kata Aluan Pengarah Program JOM! 2010

0 comments











AIMAN BIN JUSRI
Pengarah JOM! 2010



بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,
Setinggi-tinggi syukur dipanjatkan kepada Tuhan Yang Maha Esa atas kesempatan yang diberikan bagi menyiapkan blog Journey of Medichood ini. Untuk pengetahuan pembaca sekalian, program JOM! 2010 atau ‘Journey of Medichood’ 2010 merupakan satu program yang bakal dianjurkan julung kalinya pada Julai tahun ini. Program ini diatur khas kepada pelajar-pelajar yang bakal menceburi bidang perubatan di Mesir. Tujuan program ini adalah untuk memberi gambaran ringkas kepada bakal-bakal pelajar jurusan perubatan terhadap kehidupan di Mesir.


Sehubungan dengan itu, program ini direncana dan diuruskan oleh pelajar-pelajar senior yang telah melalui kehidupan di Mesir. Diharap, dengan program seperti ini, para pelajar yang bakal melanjutkan pengajian di Mesir mampu menyesuaikan diri dalam persekitaran yang baru dan berjaya dalam merealisasikan impian mereka menjadi seorang doktor Muslim, Insya Allah.



Selain itu, program ini dianjurkan bertujuan untuk membina jati diri kita sebagai seorang pelajar Muslim. Seperti yang diketahui umum, Mesir Bumi Anbiya’ ini terkenal dengan dua model manusia yang telah lahir di zaman silam, iaitu Nabi Musa A.S dan Fir’aun. Nabi Musa A.S membawa simbol kebaikan manakala Fir’aun pula membawa watak antagonis dalam sejarah dunia kita. Lantaran itu, sudah menjadi pilihan kita sama ada kita mahu membawa watak sebagai Nabi Musa A.S ataupun Fir’aun apabila berada di Mesir kelak. Andai kata setiap pelajar sudah berjaya membina jati diri mereka sebagai seorang pelajar Muslim yang sejati, maka, tidak akan berlakulah ‘kejutan budaya’ kepada mereka dan seterusnya akan lahir lebih ramai model-model Nabi Musa A.S dari Bumi Anbiya’ ini, Insya Allah.



Justeru, diharapkan para pelajar yang berkobar-kobar untuk meneruskan pengajian perubatan ke Mesir dapat menghadirkan diri ke program ini. Masa masih ada untuk berdaftar. Jumpa anda di sana ya!

P/s: JOM ke Pulau Kapas!

0 comments:

Post a Comment