Powered by Blogger.
 

Tuesday, 23 August 2011

JOM! Kasih Ramadhan 2.0 - Islamic Relief, Egypt

0 comments
Mesir mempunyai populasi penduduk seramai 83 juta orang, 44% daripadanya menampung sara hidup dengan kurang dari 2 dolar sehari. Lebih 10 juta orang berjuang mencari makanan pada setiap hari.


Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, ramai orang di negara-negara Afrika Utara telah terhimpit dengan masalah kemiskinan berikutan kerana rantaian bekalan makanan terganggu.


Islamic Relief (IR) telah membantu masyarakat di Mesir lebih 10 tahun, menyediakan makanan kepada keluarga-keluarga yang telah dikenal pasti menghadapi masalah ini. Mereka juga telah menjalankan pusat pemulihan kanak-kanak kurang upaya yang tinggal di Helwan berdekatan dengan Kaherah.


Pihak IR mengharapkan bantuan kewangan dari anda semua bagi membantu dan meningkatkan projek-projek pembangunan di Mesir.


Dengan bantuan anda, pihak IR akan menggunakan dana yang diberi untuk menubuhkan sebuah pusat latihan bagi tujuan sokongan dan pendidikan kepada anak-anak Mesir yang kurang upaya. Di harapkan dengan sumbangan ini, kita dapat menangani masalah punca sebenar kemiskinan di negara Mesir dan meraih faedah untuk tahun-tahun yang akan datang.


JOM! Kasih Ramadhan 2.0

0 comments


Alhamdulillah, Program JOM! Kasih Ramadhan kembali lagi pada tahun ini, dengan pelbagai program yang lebih besar dan bermanfaat. Memandangkan bulan Ramadhan semakin hampir meninggalkan kita, marilah kita bersama menyumbang bagi meringankan beban saudara-saudara kita di seluruh dunia. Program yang dirancang hasil kerjasama MedicMesir, JOM!, para pelajar serta ibu bapa ini telah bersetuju melancarkan JOM! Kasih Ramadhan 2.0.

JOM! Kasih ramadhan mensasarkan kutipan sebanyak LE 130, 000 dalam masa 5 hari bermula dari 23 Ramadhan sehingga 27 Ramadhan. Hasil kutipan ini akan disumbangkan kepada:

5 sasaran utama kami iaitu:
  1. LE 50, 000 akan disumbangkan kepada Islamic Relief, Mesir bagi tujuan pembinaan rumah anak-anak Mesir yang terdiri daripada anak-anak yatim, miskin & kurang upaya di Helwan, Cairo.
  2. LE 46, 000 akan disumbangkan kepada Program Kasih eShrin. Ia merupakan sebuah program yang akan menyumbangkan pack makanan kepad 50 keluarga miskin di Malaysia dalam 10 buah negeri & 120 keluarga miskin di Mesir khususnya di Tanta.
  3. Le 20, 000 akan disumbangkan kepada Somali Refugee camp. Sumbangan akan diagihkan kepada mereka bagi tujuan pembelian makanan atau ubat-ubatan.
  4. Le 4, 000 akan disumbangkan kepada penduduk Ghana. Sumbangan akan ditukarkan dalam bentuk 800 mushaf Al-Quran akan disumbangkan kepada penduduk islam Ghana.
  5. LE 10, 000 akan disumbangkan kepada orang-orang asli Cameron Highland. Sumbangan wang akan digunakan bagi tujuan perbelanjaan program komuniti pemeriksaan kesihatan orang-orang asli, Cameron Highland.
Bagi tujuan menyumbang:
  1. Sila niatkan sumbangan anda di dlam bulan Ramadhan ini dan anda bolehla mengisi borang sumbangan secara online dengan menekan 'klik untuk mendaftar' sumbangan anda:
  2. Kemudian, masukkan sumbangan anda ke akaun:
Malaysia: Mansoura consultancy (Maybank) 512802511290 atau kepada wakil-wakil pelajar
Mesir: Sampaikan terus kepada wakil-wakil muhafazah:-
  • Alexandria- Tengku Nurlisa & Muhammad Ashraf (Malaysia), Ruhaini Ruslan (Mesir)
  • Tanta- Tasneem, Siti Maisarah, siti Hawa Razali & Nabilah Omar (Malaysia), Amalia Nadrah (Mesir)
  • Mansoura- aiman Latiff, Kausar Radzi, Khairun Nisa, Nur Amanina Jamain & slina (Malaysia), Anan Mohamad Akmal (Mesir)
  • Al-Azhar- Siti Hajar Yunos, Munnawar, Faris Ramli & Naim CK (Malaysia), Farris Hanafi (Mesir)
  • Zaqazig- Shikin Nordin (Malaysia), Nik Muhd Fitri (Mesir)
3. Akhir sekali, emailkan slip pembayaran anda ke: jomcrew.info@gmail.com

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi:
  • Pengarah program: Aiman Jusri (Malaysia) +60133746393
  • Timb. Pengarah Program: Azizul Hakim Mahdi (Mesir) +20142970299
  • Sekretariet Program: Zahida +60173947297

Sunday, 14 August 2011

Laporan JOM! On Call 2011

0 comments



Alhamdulillah segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam kerana dengan izin dan rahmatnya, program pre-departure kali kedua ini telah berjaya diadakan dengan jayanya. Kejayaan program ini adalah hasil daripada berkat usaha, doa dan tawakal serta sokongan dan dorongan dari pelbagai pihak yang tidak jemu ingin melihat JOM! terus maju dalam menghasilkan program-program yang berfaedah. Program ini telah diadakan dengan kerjasama Persatuan IKRAM Malaysia yang sentiasa memberikan sokongan yang baik terhadap aktiviti-aktiviti yang bermanfaat.


Program yang telah diadakan selama 3 hari 2 malam bermula dari 7 - 9 Ogos di Masjid Tunku Mizan Zainal Abidin ini telah diisi dengan pelbagai pengisian yang berguna sesuai untuk dimanfaatkan oleh para pelajar di Mesir. Aktiviti-aktiviti yang diadakan bukan sahaja bermanfaat sebagai bekal ke Mesir malah bersesuaian juga dengan pesta ibadah di bulan Ramadhan ini. Lokasi program ini telah memberikan satu pengalaman baru kepada JOM! Crew dan para peserta di mana kami telah ditemani dengan permandangan indah di sekitar kawasan masjid serta ketenangan jiwa dengan melihat suasana ahli masjid yang tekun mengerjakan ibadah di bulan yang mulia ini.


Para peserta telah diberikan input-input yang berfaedah dan
bertenaga daripada penceramah-penceramah jemputan yang tidak kurang
asing hebatnya. Antaranya seperti Dr Abdul Latiff Pakar Jatung, Dr Hafidzi
Mohd Noor pengerusi Aqsa Syarif & Dr Adnan pakar motivasi. Selain itu,
antara jemputan lain ialah perkongsian daripada saudara Aslam, pelajar
kejuruteraan yang menutut di UK. Ke semua mereka telah dapat membuka
mata & minda para peserta, seterusnya mematangkan pemikiran ke arah
kepentingan kesatuan di kalangan pelajar. Di samping itu, solat sunat,
tadarus Al-Quran & Qiamullail juga telah dihidupkan sebagai santapan rohani.


Aktiviti sampingan seperti 'explorace' juga telah diadakan bagi
mencergaskan tubuh badan dan meningkatkan daya pemikiran kreatif di
kalangan peserta. Hal ini dapat dilihat di kalangan peserta apabila mereka
menyelesaikan setiap tugasan di setiap 'check point' secara berkumpulan.
Walau pun berada di dalam bulan ramadhan, para peserta masih terus
memberikan komitmen yang baik serta semangat juang yang tinggi bagi
menjayakan aktiviti 'explorace'. Ini juga membuktikan bahawa kekuatan
individu muslim yang luar biasa di dalam bulan yang mulia ini sehingga dapat
memenangi peperangan seperti yang terkandung di dalam sirah yang telah
dipelajari.

Thursday, 4 August 2011

JOM! On Call (Pre-departure) 2011: Makluman Tambahan

0 comments
JOM! Crew ingin mengucapkan setinggi penghargaan kepada peserta-peserta yang telah mendaftar bagi program JOM! On Call 2011.

Pengumuman penting-
  1. Bagi peserta yang akan bertolak dari KL Central, masa berkumpul adalah dari jam 7.45 - 8.00 pagi. Pada jam 8.05 pagi bas akan bertolak ke Masjid Besi. Tempat berkumpul adalah di ruangan masuk pintu belakang KL Central (berdekatan dengan pondok aiskrim McDonald).
  2. Bagi peserta yang akan ke Masjid Besi, masa berkumpul adalah dari jam 8.00 - 8. 15 pagi. Tempat berkumpul adalah di ruangan lobi utama Masjid Besi.

Sebarang kemushkilan bolehlah menghubungi-
  1. saudara Aiman Jusri: 013-3746393 atau
  2. Saudara Aiman Latiff: 013-6601715.

Thursday, 28 July 2011

JOM! On Call (Pre-departure) 2011: Senarai Barang Peserta

0 comments
Barang yang perlu dibawa
  • pakaian umum (aktiviti indoor)*
  • pakaian sukan (aktiviti outdoor)* #sekurang-kurangnya 2 pasang
  • pakaian solat*
  • kasut & selipar
  • pekakas mandi (e.g. sabun, berus gigi, ubat gigi & lain-lain)
  • Selimut & Bantal
  • ubatan - Jika berkaitan (e.g. inhaler)
  • Alat tulis (e.g. pen, pensil & lain-lain)
  • Quran Tafsir
Barang yang dilarang
  • rokok
  • alatan tajam (e.g. pisau)
Barang yang tidak digalakkan**
  • barang kemas
  • barang elektronik (e.g. laptop)

*Pakaian yang menutup aurat bagi lelaki & perempuan

** Barang-barang ini (tidak digalakkan) adalah bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini seperti kecurian & kecuaian. Walau bagaimana pun, jika anda membawa barang-barang ini, ia adalah 100% di bawah tanggungjawab anda & pihak kami tidak akan bertanggungjawab jika berlaku salah satu perkara-perkara yang tidak diingini.

Tuesday, 26 July 2011

JOM! On Call (Pre-departure) 2011: Tentatif Program

0 comments
Tarikh
Masa
Aktiviti
7 Ogos 2011
8 a.m
9 a.m


10 a.m

1 p.m
2.3 p.m
4 p.m
5 p.m
6 p.m
7.3 p.m

8.3 p.m
11 p.m
Ketibaan dan pendaftaran
Ucapan alu-aluan
Taklimat ringkas tentang program dan keselamatan
Pembahagian group
Ice breaking
Solat Zohor
Slot 1
Solat ‘Asar
Sharing Moment (Mesir)
Bazaar/Rehat/Persiapan diri
Berbuka
Solat Maghrib
Solat Isya’ dan tarawih
Tidur
8 Ogos 2011
4.3 a.m
5.15 a.m

6.3 a.m

8 a.m

10 a.m
12.3 p.m
1 p.m
2.3 p.m
4 p.m

5 p.m
6.3 p.m
10 p.m
12 p.m
Qiam
Sahur
Solat Subuh
Exercise + Games
Persiapan diri
Slot 2
Solat Dhuha
Slot 3
LDK 1
Solat Zohor
Slot 4
LDK 2
Solat Asar
Rehearsal Persembahan Kumpulan
(Seperti hari sebelum)
Persembahan Kumpulan
Tidur
9 Ogos 2011
4.3 a.m
5.15 a.m

6.3 a.m
7.3 a.m
9.3 a.m
12.3 p.m
1 p.m

2 p.m

4 p.m
Qiam
Sahur
Solat Subuh
Persiapan diri
Slot 5
Explorace
Persiapan diri (Baju JOM)
Solat Zohor
Majlis Penutup
Penyampaian hadiah
Fotografi
Bersurai

JOM! On Call: Notis Pemberitahuan

0 comments
Merujuk perkara di atas adalah dimaklumkan bahawa, Program JOM! On Call 2011 telah diawalkan waktunya kepada:


7 Ogos 2011 sehingga 9 Ogos 2011, bersamaan hari Ahad sehingga hari Selasa

Hal ini adalah kerana terdapat sedikit masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan, justeru kami warga JOM! Crew berharap pemberitahuan ini dapat menjawab persoalan dari para peserta semua.

Selain itu, para peserta diminta untuk membuat pembayaran sebelum 6 Ogos 2011

Maklumat lanjut berkaitan pembayaran boleh didapati di sini (click)



*sila emailkan slip bayaran anda ke mansoura.medicmesir@yahoo.com

Segala kesulitan adalah amat dikesali

Saturday, 16 July 2011

Lokasi JOM! On Call (Pre-departure) 2011: Kenali Masjid Besi

0 comments
"Masjid Besi" atau nama sebenarnya Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin merupakan masjid kedua Wilayah Persekutuan Putrajaya. Masjid ini terletak di Precinct 3, Putrajaya berhadapan dengan Istana Kehakiman. Nama masjid ini diambil bersempena dengan nama Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong yang ke-13, Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Terdapat 2 komponen utama kawasan masjid ini iaitu Kompleks Masjid dan Kiblat Walk iaitu laluan pejalan kaki yang menghubungkan kompleks Perbadanan Putrajaya dengan masjid.
Keunikan masjid ini terdapat pada struktur binaannya yang diberbuat daripada 6, 000 tan atau 70% besi keluli dan 30% konkrit. Ia dapat dilihat pada 'Masyrabiah' atau dinding luar masjid tersebut yang menggunakan teknologi dari Jerman dan Cina, anyaman besi keluli tahan karat yang telus kepada cahaya dan udara. Selain itu, ia juga menggunakan 13 meter panel kaca yang diimport khas daripada Jerman yang mempunyai kelebihan tidak memantulkan kesan cahaya terdapat pada kanan dan kiri masjid tersebut. Tambahan lagi, pada panel kaca tersebut terdapat ukiran ayat Al-Quran daripada Surah Al-Baqarah pada bahagian kanan, manakala pada bahagian kiri pula terdapat ukiran daripada Surah Ibrahim, dilihat seolah-olah terapung hasil daripada kelebihan pada ciri panel kaca tersebut.

Keindahan yang ada pada masjid ini dapat membuatkan peserta selesa dengan hembusan angin segar. Pada waktu malam pula, kilauan dan limpahan cahaya pastinya akan menjadikan pemandangan bertambah indah bagi peserta untuk merasai kedamaian dan ketenangan jiwa. Bersempena dengan bulan Ramadhan yang bakal menjelma nanti, diharapkan para peserta dapat menggunakan masa dan ruang yang ada dengan sebaiknya agar dapat mendekatkan diri pada Ilahi serta memperbaiki kelemahan diri.
Info tambahan:
  • Mula dibina pada 5 April 2004
  • 3 konsep reka bentuk iaitu 'angin', 'sederhana', & 'telus'
  • Keluasan- 73, 800 meter persegi
  • Dapat memuatkan seramai 20, 000 orang jemaah
  • Menggunakan teknologi ultrasonic untuk menghalau burung
  • Tidak mempunyai kipas atau aircond, sebaliknya menggunakan 'Gas district Cooling'

Sunday, 3 July 2011

JOM! On Call 2011(Pre-departure): Pendaftaran & Pembayaran

0 comments


  • JOM! semarakan semangat anda ke Mesir
  • Jom! isikan hari-hari anda dengan aktiviti-aktiviti berfaedah
  • JOM! rapatkan ukhwah pelajar-pelajar Mesir
  • JOM! bersiap sedia dengan perkongsian pengalaman bersama
Janagn lepaskan peluang anda menyertai kami, pendaftaran dibuka kepada semua bakal-bakal pelajar yang akan ke Mesir. Keutamaan diberikan kepada pelajar-pelajar premed MM 2011
  • Pendaftaran dibuka bermula 7 Julai sehingga 7 Ogos 2011:
  • Bayaran sebanyak RM25 boleh dibuat melalui akaun sebelum 7 Ogos 2011:
Mansoura Consultancy
Bank: Maybank
No Akaun: 512802511290