Powered by Blogger.
 

Thursday 28 July 2011

JOM! On Call (Pre-departure) 2011: Senarai Barang Peserta

0 comments
Barang yang perlu dibawa
  • pakaian umum (aktiviti indoor)*
  • pakaian sukan (aktiviti outdoor)* #sekurang-kurangnya 2 pasang
  • pakaian solat*
  • kasut & selipar
  • pekakas mandi (e.g. sabun, berus gigi, ubat gigi & lain-lain)
  • Selimut & Bantal
  • ubatan - Jika berkaitan (e.g. inhaler)
  • Alat tulis (e.g. pen, pensil & lain-lain)
  • Quran Tafsir
Barang yang dilarang
  • rokok
  • alatan tajam (e.g. pisau)
Barang yang tidak digalakkan**
  • barang kemas
  • barang elektronik (e.g. laptop)

*Pakaian yang menutup aurat bagi lelaki & perempuan

** Barang-barang ini (tidak digalakkan) adalah bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini seperti kecurian & kecuaian. Walau bagaimana pun, jika anda membawa barang-barang ini, ia adalah 100% di bawah tanggungjawab anda & pihak kami tidak akan bertanggungjawab jika berlaku salah satu perkara-perkara yang tidak diingini.

Tuesday 26 July 2011

JOM! On Call (Pre-departure) 2011: Tentatif Program

0 comments
Tarikh
Masa
Aktiviti
7 Ogos 2011
8 a.m
9 a.m


10 a.m

1 p.m
2.3 p.m
4 p.m
5 p.m
6 p.m
7.3 p.m

8.3 p.m
11 p.m
Ketibaan dan pendaftaran
Ucapan alu-aluan
Taklimat ringkas tentang program dan keselamatan
Pembahagian group
Ice breaking
Solat Zohor
Slot 1
Solat ‘Asar
Sharing Moment (Mesir)
Bazaar/Rehat/Persiapan diri
Berbuka
Solat Maghrib
Solat Isya’ dan tarawih
Tidur
8 Ogos 2011
4.3 a.m
5.15 a.m

6.3 a.m

8 a.m

10 a.m
12.3 p.m
1 p.m
2.3 p.m
4 p.m

5 p.m
6.3 p.m
10 p.m
12 p.m
Qiam
Sahur
Solat Subuh
Exercise + Games
Persiapan diri
Slot 2
Solat Dhuha
Slot 3
LDK 1
Solat Zohor
Slot 4
LDK 2
Solat Asar
Rehearsal Persembahan Kumpulan
(Seperti hari sebelum)
Persembahan Kumpulan
Tidur
9 Ogos 2011
4.3 a.m
5.15 a.m

6.3 a.m
7.3 a.m
9.3 a.m
12.3 p.m
1 p.m

2 p.m

4 p.m
Qiam
Sahur
Solat Subuh
Persiapan diri
Slot 5
Explorace
Persiapan diri (Baju JOM)
Solat Zohor
Majlis Penutup
Penyampaian hadiah
Fotografi
Bersurai

JOM! On Call: Notis Pemberitahuan

0 comments
Merujuk perkara di atas adalah dimaklumkan bahawa, Program JOM! On Call 2011 telah diawalkan waktunya kepada:


7 Ogos 2011 sehingga 9 Ogos 2011, bersamaan hari Ahad sehingga hari Selasa

Hal ini adalah kerana terdapat sedikit masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan, justeru kami warga JOM! Crew berharap pemberitahuan ini dapat menjawab persoalan dari para peserta semua.

Selain itu, para peserta diminta untuk membuat pembayaran sebelum 6 Ogos 2011

Maklumat lanjut berkaitan pembayaran boleh didapati di sini (click)



*sila emailkan slip bayaran anda ke mansoura.medicmesir@yahoo.com

Segala kesulitan adalah amat dikesali

Saturday 16 July 2011

Lokasi JOM! On Call (Pre-departure) 2011: Kenali Masjid Besi

0 comments
"Masjid Besi" atau nama sebenarnya Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin merupakan masjid kedua Wilayah Persekutuan Putrajaya. Masjid ini terletak di Precinct 3, Putrajaya berhadapan dengan Istana Kehakiman. Nama masjid ini diambil bersempena dengan nama Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong yang ke-13, Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Terdapat 2 komponen utama kawasan masjid ini iaitu Kompleks Masjid dan Kiblat Walk iaitu laluan pejalan kaki yang menghubungkan kompleks Perbadanan Putrajaya dengan masjid.
Keunikan masjid ini terdapat pada struktur binaannya yang diberbuat daripada 6, 000 tan atau 70% besi keluli dan 30% konkrit. Ia dapat dilihat pada 'Masyrabiah' atau dinding luar masjid tersebut yang menggunakan teknologi dari Jerman dan Cina, anyaman besi keluli tahan karat yang telus kepada cahaya dan udara. Selain itu, ia juga menggunakan 13 meter panel kaca yang diimport khas daripada Jerman yang mempunyai kelebihan tidak memantulkan kesan cahaya terdapat pada kanan dan kiri masjid tersebut. Tambahan lagi, pada panel kaca tersebut terdapat ukiran ayat Al-Quran daripada Surah Al-Baqarah pada bahagian kanan, manakala pada bahagian kiri pula terdapat ukiran daripada Surah Ibrahim, dilihat seolah-olah terapung hasil daripada kelebihan pada ciri panel kaca tersebut.

Keindahan yang ada pada masjid ini dapat membuatkan peserta selesa dengan hembusan angin segar. Pada waktu malam pula, kilauan dan limpahan cahaya pastinya akan menjadikan pemandangan bertambah indah bagi peserta untuk merasai kedamaian dan ketenangan jiwa. Bersempena dengan bulan Ramadhan yang bakal menjelma nanti, diharapkan para peserta dapat menggunakan masa dan ruang yang ada dengan sebaiknya agar dapat mendekatkan diri pada Ilahi serta memperbaiki kelemahan diri.
Info tambahan:
  • Mula dibina pada 5 April 2004
  • 3 konsep reka bentuk iaitu 'angin', 'sederhana', & 'telus'
  • Keluasan- 73, 800 meter persegi
  • Dapat memuatkan seramai 20, 000 orang jemaah
  • Menggunakan teknologi ultrasonic untuk menghalau burung
  • Tidak mempunyai kipas atau aircond, sebaliknya menggunakan 'Gas district Cooling'

Sunday 3 July 2011

JOM! On Call 2011(Pre-departure): Pendaftaran & Pembayaran

0 comments


  • JOM! semarakan semangat anda ke Mesir
  • Jom! isikan hari-hari anda dengan aktiviti-aktiviti berfaedah
  • JOM! rapatkan ukhwah pelajar-pelajar Mesir
  • JOM! bersiap sedia dengan perkongsian pengalaman bersama
Janagn lepaskan peluang anda menyertai kami, pendaftaran dibuka kepada semua bakal-bakal pelajar yang akan ke Mesir. Keutamaan diberikan kepada pelajar-pelajar premed MM 2011
  • Pendaftaran dibuka bermula 7 Julai sehingga 7 Ogos 2011:
  • Bayaran sebanyak RM25 boleh dibuat melalui akaun sebelum 7 Ogos 2011:
Mansoura Consultancy
Bank: Maybank
No Akaun: 512802511290

Friday 1 July 2011

Kata-Kata Aluan Pengarah Program JOM! On Call 2011

0 comments











AIMAN BIN JUSRI
Pengarah JOM! 2011


بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,
Alhamdulillah, lafaz syukur yang tidak terhingga dipanjatkan kepada Allah S.W.T kerana tahun ini, program Pre-Departure JOM! (Journey of Medichood) datang lagi! Program JOM! tahun ini yang dinamakan JOM! On Call 2011 berhasrat untuk ‘memanggil’ pelajar-pelajar yang bakal menceburi bidang perubatan, pergigian dan farmasi di Mesir untuk turut serta dalam program yang bakal dianjurkan pada 16-18 Ogos tahun ini.
Bertemakan ‘Rekindle the Lost Light’, program JOM! On Call ini bertujuan untuk memberi gambaran ringkas, namun jelas, kepada bakal-bakal pelajar jurusan sains perubatan terhadap kehidupan di Mesir. Sesuai dengan tema tersebut, kami, selaku pelajar-pelajar yang sedang menuntut di pelbagai universiti di Mesir berbesar hati untuk menghidupkan kembali semangat anda semua sebelum menceburi jurusan sains perubatan di Mesir. Dengan berbekalkan pengalaman menetap beberapa tahun di Mesir, kami berhasrat bertemu dengan anda semua untuk berkongsi pelbagai cerita yang menarik, suka dan duka, sepanjang berada di Mesir dan juga ingin membantu anda dalam persediaan sebelum berlepas ke Mesir.
Diharap dengan program seperti ini, para pelajar yang bakal melanjutkan pengajian di Mesir mampu menyesuaikan diri dalam persekitaran yang baru tanpa terkena ‘kejutan budaya’ apabila berada di Mesir kelak, dan berjaya dalam merealisasikan impian anda untuk menjadi seorang doktor Muslim. Insya Allah.
Justeru, kepada para pelajar yang berkobar-kobar untuk meneruskan pengajian sains perubatan ke Mesir, jangan lepaskan peluang yang menarik ini dan hadirkan diri anda ke program ini! Peluang sudah terbuka untuk mendaftar. Jumpa anda di sana ya! ;)