Powered by Blogger.
 

Tuesday 26 April 2011

Laporan JOM! Hi-Tea @ KL Tower 2011

0 comments



Alhamdulillah, pada 5 Mac 2011 bersamaan hari ahad, warga MedicMesir dan JOM yang pulang ke Malaysia semasa Ops Piramid telah mengadakan sebuah program perkongsian bersama-sama dengan anak-anak yatim. Kesempatan masa lapang yang diberi, telah diisi sebaiknya dengan sebuah aktiviti santai & berfaedah bertemakan Hi tea bersama anak-anak yatim Darul Kifayah.


Aktiviti ini telah diadakan di sebuah restoran terkemuka di ibu negara Malaysia, bertempat di Restoran Berputar Seri Angkasa Menara Kuala lumpur. Majlis ini telah dihadiri oleh pelajar-pelajar perubatan dari pelbagai muhafazah. Sambutan para pelajar amat menggalakkan, kerana mereka bukan sahaja dapat bertukar-tukar cerita bersama adik-adik, malah dapat mengeratkan lagi hubungan para pelajar di kalangan muhafazah.

Program ini sangat bermakna buat para pelajar dan anak-anak Yatim Darul Kifayah. Semoga program seumpamanya dapat diadakan pada masa hadapan. Syukran kepada semua yang terlibat.
Setinggi-tinggi terima kasih kepada 'Kuchai' and Crew (Mansoura Manchester SEM 6) atas pembikinan video High Tea KL Tower!