Powered by Blogger.
 

Thursday 26 August 2010

Laporan JOM! Hiking Broga 2010

0 comments
Assalamualaikum...
Syukur kehadrat Ilahi di atas limpah kurnianya, program yang menguji kekuatan fizikal ini berjaya juga dijalankan walaupun berada dalam bulan Ramadhan.

Program ini telah disertai oleh 18 orang peserta terdiri dari pelajar PERUBATAN Mesir & pelajar MMU. Ia telah diadakan pada 23 Ogos bersamaan hari isnin.

Objektif program ini dirangka adalah bagi mengukuhkan ikatan ukhwah sesama muslim serta mentadabbur alam ciptaan Tuhan. Selain itu, ia juga bertujuan bagi menyahut seruan dalam bait-bait lagu tema JOM! 2010, "Open Your Eyes-Maher Zain" supaya membuka mata melihat alam ciptaan ini.

Keindahan pemandangan di atas bukit Broga ini terbukti dapat menginsafkan diri para peserta, apabila mereka begitu teruja melihat permandangan dari puncak bukit tersebut. Di samping itu, ia juga telah menyedarkan peserta bahawa betapa kerdilnya kita di Mata Tuhan yang maha Pencipta.

Atas kekuatan semangat para peserta, serta dorongan ukhwah sahabat-sahabat, semua peserta berjaya mengharungi cabaran tersebut. Kekuatan inilah yang kita inginkan dalam membina satu kumpulan yang mampu mengharungi segala rintangan, bahkan mengubah dunia ini suatu hari nanti, insyaAllah.

Ini membuktikan bahawa seseorang muslim itu tidak lemah walaupun berada dalam bulan puasa ini, bahkan di bulan mulia inilah sejarah membuktikan peperangan besar berjaya dimenangi oleh orang-orang muslim.

saksikan video ekspedisi yang telah berjaya dirakam


Untuk Komen pada video, sila klik di sini

P/s: Pada bulan Ramadhan ini, kebanyakkan orang naik berat badan... JOM! Broga memang banyak membantu.

0 comments:

Post a Comment