Powered by Blogger.
 

Sunday 14 August 2011

Laporan JOM! On Call 2011

0 comments



Alhamdulillah segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam kerana dengan izin dan rahmatnya, program pre-departure kali kedua ini telah berjaya diadakan dengan jayanya. Kejayaan program ini adalah hasil daripada berkat usaha, doa dan tawakal serta sokongan dan dorongan dari pelbagai pihak yang tidak jemu ingin melihat JOM! terus maju dalam menghasilkan program-program yang berfaedah. Program ini telah diadakan dengan kerjasama Persatuan IKRAM Malaysia yang sentiasa memberikan sokongan yang baik terhadap aktiviti-aktiviti yang bermanfaat.


Program yang telah diadakan selama 3 hari 2 malam bermula dari 7 - 9 Ogos di Masjid Tunku Mizan Zainal Abidin ini telah diisi dengan pelbagai pengisian yang berguna sesuai untuk dimanfaatkan oleh para pelajar di Mesir. Aktiviti-aktiviti yang diadakan bukan sahaja bermanfaat sebagai bekal ke Mesir malah bersesuaian juga dengan pesta ibadah di bulan Ramadhan ini. Lokasi program ini telah memberikan satu pengalaman baru kepada JOM! Crew dan para peserta di mana kami telah ditemani dengan permandangan indah di sekitar kawasan masjid serta ketenangan jiwa dengan melihat suasana ahli masjid yang tekun mengerjakan ibadah di bulan yang mulia ini.


Para peserta telah diberikan input-input yang berfaedah dan
bertenaga daripada penceramah-penceramah jemputan yang tidak kurang
asing hebatnya. Antaranya seperti Dr Abdul Latiff Pakar Jatung, Dr Hafidzi
Mohd Noor pengerusi Aqsa Syarif & Dr Adnan pakar motivasi. Selain itu,
antara jemputan lain ialah perkongsian daripada saudara Aslam, pelajar
kejuruteraan yang menutut di UK. Ke semua mereka telah dapat membuka
mata & minda para peserta, seterusnya mematangkan pemikiran ke arah
kepentingan kesatuan di kalangan pelajar. Di samping itu, solat sunat,
tadarus Al-Quran & Qiamullail juga telah dihidupkan sebagai santapan rohani.


Aktiviti sampingan seperti 'explorace' juga telah diadakan bagi
mencergaskan tubuh badan dan meningkatkan daya pemikiran kreatif di
kalangan peserta. Hal ini dapat dilihat di kalangan peserta apabila mereka
menyelesaikan setiap tugasan di setiap 'check point' secara berkumpulan.
Walau pun berada di dalam bulan ramadhan, para peserta masih terus
memberikan komitmen yang baik serta semangat juang yang tinggi bagi
menjayakan aktiviti 'explorace'. Ini juga membuktikan bahawa kekuatan
individu muslim yang luar biasa di dalam bulan yang mulia ini sehingga dapat
memenangi peperangan seperti yang terkandung di dalam sirah yang telah
dipelajari.

0 comments:

Post a Comment