Powered by Blogger.
 

Saturday 16 July 2011

Lokasi JOM! On Call (Pre-departure) 2011: Kenali Masjid Besi

0 comments
"Masjid Besi" atau nama sebenarnya Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin merupakan masjid kedua Wilayah Persekutuan Putrajaya. Masjid ini terletak di Precinct 3, Putrajaya berhadapan dengan Istana Kehakiman. Nama masjid ini diambil bersempena dengan nama Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong yang ke-13, Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Terdapat 2 komponen utama kawasan masjid ini iaitu Kompleks Masjid dan Kiblat Walk iaitu laluan pejalan kaki yang menghubungkan kompleks Perbadanan Putrajaya dengan masjid.
Keunikan masjid ini terdapat pada struktur binaannya yang diberbuat daripada 6, 000 tan atau 70% besi keluli dan 30% konkrit. Ia dapat dilihat pada 'Masyrabiah' atau dinding luar masjid tersebut yang menggunakan teknologi dari Jerman dan Cina, anyaman besi keluli tahan karat yang telus kepada cahaya dan udara. Selain itu, ia juga menggunakan 13 meter panel kaca yang diimport khas daripada Jerman yang mempunyai kelebihan tidak memantulkan kesan cahaya terdapat pada kanan dan kiri masjid tersebut. Tambahan lagi, pada panel kaca tersebut terdapat ukiran ayat Al-Quran daripada Surah Al-Baqarah pada bahagian kanan, manakala pada bahagian kiri pula terdapat ukiran daripada Surah Ibrahim, dilihat seolah-olah terapung hasil daripada kelebihan pada ciri panel kaca tersebut.

Keindahan yang ada pada masjid ini dapat membuatkan peserta selesa dengan hembusan angin segar. Pada waktu malam pula, kilauan dan limpahan cahaya pastinya akan menjadikan pemandangan bertambah indah bagi peserta untuk merasai kedamaian dan ketenangan jiwa. Bersempena dengan bulan Ramadhan yang bakal menjelma nanti, diharapkan para peserta dapat menggunakan masa dan ruang yang ada dengan sebaiknya agar dapat mendekatkan diri pada Ilahi serta memperbaiki kelemahan diri.
Info tambahan:
  • Mula dibina pada 5 April 2004
  • 3 konsep reka bentuk iaitu 'angin', 'sederhana', & 'telus'
  • Keluasan- 73, 800 meter persegi
  • Dapat memuatkan seramai 20, 000 orang jemaah
  • Menggunakan teknologi ultrasonic untuk menghalau burung
  • Tidak mempunyai kipas atau aircond, sebaliknya menggunakan 'Gas district Cooling'

0 comments:

Post a Comment