Powered by Blogger.
 

Wednesday 23 June 2010

Makluman Bagi Bakal Ahli PERUBATAN

0 comments
Assalamualaikum,
Di sini kami ingin memberi sedikit pengenalan kepada bakal-bakal pelajar mengenai persatuan pelajar di Mesir. Sebelum itu, suka kami terangkan juga di sini, bahawa program Journey of Medichood, JOM ini adalah sebuah program yang diadakan julung-julung kalinya melibatkan para pelajar PERUBATAN dengan bakal-bakal pelajar PERUBATAN di Mesir.

Mungkin anda semua agak keliru dengan perkataan "PERUBATAN". Untuk makluman para pelajar semua, pelajar-pelajar sains kesihatan di Mesir yang terdiri daripada pelajar perubatan, pergigian dan farmasi adalah di bawah tanggungjawab Persatuan Perubatan Mesir atau juga dikenali sebagai PERUBATAN. Jadi, anda semua adalah bakal-bakal ahli PERUBATAN di Mesir.

Oleh itu, program ini adalah program yang terbuka kepada semua pelajar PERUBATAN tahun 1, serta bakal-bakal pelajar PERUBATAN yang terdiri daripada jurusan-jurusan yang dinyatakan di atas. Di harap semua pelajar maklum dengan persatuan ini, serta untuk maklumat lanjut, sila layari blog rasmi PERUBATAN (klik sini)

0 comments:

Post a Comment