Powered by Blogger.
 

Wednesday, 27 October 2010

Laporan JOM! ExTant.

0 comments

Assalamualaikum WBT.

Bersempena dengan program terkini MedicMesir JOM exTant, atau nama penuhnya "Explore Tanta", MedicMesir telah membuka penyertaan kepada seluruh warga pelajar Malaysia di Bumi Anbiya ini untuk bersama-sama memeriahkan acara.

Di samping merealisasikan objektif JOM exTant kali ini untuk merapatkan ukhuwah sesama ahli MedicMesir di Tanta serta dari muhafazah yang lain dan para senior, pelbagai hadiah juga ditawarkan untuk membangkitkan semangat kesukanan mereka.

Antara hadiah yang ditawarkan bagi para pemenang,

Hadiah Tempat Pertama :
1. Wang Tunai 1200LE/2. Sijil Penyertaan/ 3. Hamper

Hadiah Tempat Kedua :
1. Wang Tunai 900LE/2. Sijil Penyertaan/ 3. Hamper

Hadiah Tempat Ketiga :
1. Wang Tunai 600LE/2. Sijil Penyertaan/ 3. Hamper


Semoga ini menjadi pemangkin semangat dan permulaan baik bagi permulaan sesi akademik tahun ini terutama buat Pelajar Baru Tahun Satu. Semoga berjaya buat para peserta..!


Nurfaezah Hasnor,
Wakil Unit JOM exTant.

Thursday, 14 October 2010

JOM! ExTant 2010

0 comments
Salam Alaik..
MedicMesir Tanta kini kembali lagi dengan program - program yang pastinya membuatkantahap adrenalin anda semua turun naik tidak menentu. Jika tahun lepas kami menganjurkan Jaulah Gamasah, sesi pengajian kali ini kami mulakan JOM exTant..!!

JOM exTant adalah merupakan sebuah program yangberkonsepkan rancangan realiti Amazing Race dan program ini adalah anjuran penuh MedicMesir Tanta.

exTant atau kata penuhnya "Explore Tanta" adalah sebuah program hasil cetusan idea asal daripada Ummi yang telah lama Ummi impikan sejak tahun lepas lagi.

JOM exTant bertujuan untuk merapatkan ukhuwah pelajar Malaysia di bumi Anbiya,Mesir.

Ya, kali ini MedicMesir Tanta membuka penyertaan program kami kepadaSEMUA. Anda pelajar Dirasat..?? Perubatan..?? Jom tutup, abaikan, buang, segala perbezaan, carilah persamaan antara kita semua..

JOM exTant menjanjikan satu memori yang pastinya sukar untuk dilupakan dan tidak mudah untuk anda semua perolehi walau dimana jua.

So, apa tunggu lagi? Daftarlah sekarang..!! Tarikh tutup penyertaan adalah sebelum jam 9.00 malam hari Rabu, 13 Oktober 2010.
Hadiah yang lumayan menanti kumpulan yang menjadi juara..


Jumpa anda di Tanta..!!!

Tentatif JOM exTant.
7.00 am : Berkumpul di Imarah MM Tanta
7.15 am : Flag Off dari Tanta University
7.30 am : JOM exTant
10.30 am : Berkumpul di Garisan penamat
12.00 pm : Solat Jumaat
2.00 pm : Majlis Jamuan MedicMesir (di Akademic Centre MM Tanta)
Penyampaian Hadiah oleh Dekan Tanta Uniersity
5.00 pm : Bersurai

Butiran lanjut.
Sila bawa salinan pasport bersama dengan anda.
Penginapan dan makanan disediakan.

Sebarang pertanyaan bolehlah hubungi,
Doktor Mohd Idrulnafiz bin Othman
016-4955292
ym: bdk_kolam@yahoo.com.my
Doktor Natasha Ashikin binti Saipol Anwar
014-782482
ym: sugar_eater157@yahoo.com

Thursday, 26 August 2010

Laporan JOM! Kasih Ramadhan 2010

0 comments

Alhamdulillah di atas kesempatan ini, satu lagi program yang dianjurkan oleh JOM! krew dapat juga dilaksanakan. JOM! krew juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan anda semua yang tidak putus-putus. Segala kelemahan kami akan terus kami perbaiki dari masa ke masa.

Aktiviti JOM! Kasih Ramadhan 2010 ini telah di adakan di Rumah Jagaan & Rawatan Orang-orang Tua Al-ikhsan, Puchong, Selangor. Seramai 60 orang peserta & penasihat JOM! iaitu Dr. Abdul Latiff & isteri & Puan Siti Haniza & keluarga telah berkunjung ke pusat rawatan tersebut.




Perjalanan program JOM! Kasih Ramadhan bermula seawal jam 12.00 tengah hari, di mana para peserta diberikan taklimat ringkas mengenai pemeriksaan kesihatan. Kemudian para peserta memulakan program bersama orang-orang tua dengan beramah mesra & berkongsi cerita. Acara diteruskan lagi dengan pemeriksaan kesihatan oleh para peserta seperti pemeriksaan tekanan darah & kandungan gula dalam darah. Di kemuncak program, warga emas tersebut dihidangkan dengan jamuan berbuka puasa & solat terawikh secara berjemaah di surau tersebut. Di akhir program telah di adakan sesi bergambar sebagai kenang-kenangan.



Pekongsian kisah suka & duka oleh orang-orang tua tersebut, seharusnya diambil teladan oleh para peserta agar menjadi insan yang lebih prihatin dengan masalah ummat. Walau bagaimana pun, warga tua tersebut ternyata sungguh cekal & redha dengan dugaan yang dihadapinya kerana masih mampu tersenyum & melayan karenah anak-anak muda. Mereka tidak lokek dalam menyampaikan segala pengalaman yang dilalui mereka agar diambil iktibar oleh generasi muda.

Semasa pemeriksaan kesihatan pula, kebanyakkan dari mereka meunjukkan kesihatan yang baik. Namun begitu, terdapat juga beberapa orang tua yang menghidapi masalah tekanan darah & masalah kencing manis. Para peserta juga sentiasa diingatkan supaya sentiasa menjaga tutur kata supaya tidak mengguris jiwa warga tua yang sedia maklum, agak sensitif dengan kata-kata. warga-warga tua kelihatan penuh bersedia dengan pemeriksaan tersebut, kerana telah menjadi kebiasaan mereka mengambil darah & sebagainya.

Acara diteruskan lagi dengan majlis berbuka puasa, antara juadah yang disediakan adalah nasi beriani, ayam masak merah, daging masak hitam, acar buah, kuih muih & roti jala. Selesai berbuka puasa, acara seterusnya adalah solat terawikh berjemaah & pemeriksaan lanjut kesihatan oleh Dr. Abdul Latiff. Sebelum bersurai, buah tangan yang dibawa oleh para peserta telah diserahkan kepada Puan Muji untuk diagih-agihkan kepada penghuni rumah.


Kesimpulan dari program ini, para peserta telah mempelajari skil-skil berkomunikasi dengan lapisan masyarakat yang berbeza selain mendalami skil-skil perubatan. tambahan lagi, para peserta dianjurkan untuk memuhasabah diri dengan teladan-teladan yang diberikan oleh warga tua tersebut. akhir sekali, ucapan terima kasih ingin kami sampaikan kepada Puan Muji, yang sudi menerima kunjungan dari kami walaupun dikatakan sebagai rombongan terbesar ke pusat itu.

Laporan JOM! Hiking Broga 2010

0 comments
Assalamualaikum...
Syukur kehadrat Ilahi di atas limpah kurnianya, program yang menguji kekuatan fizikal ini berjaya juga dijalankan walaupun berada dalam bulan Ramadhan.

Program ini telah disertai oleh 18 orang peserta terdiri dari pelajar PERUBATAN Mesir & pelajar MMU. Ia telah diadakan pada 23 Ogos bersamaan hari isnin.

Objektif program ini dirangka adalah bagi mengukuhkan ikatan ukhwah sesama muslim serta mentadabbur alam ciptaan Tuhan. Selain itu, ia juga bertujuan bagi menyahut seruan dalam bait-bait lagu tema JOM! 2010, "Open Your Eyes-Maher Zain" supaya membuka mata melihat alam ciptaan ini.

Keindahan pemandangan di atas bukit Broga ini terbukti dapat menginsafkan diri para peserta, apabila mereka begitu teruja melihat permandangan dari puncak bukit tersebut. Di samping itu, ia juga telah menyedarkan peserta bahawa betapa kerdilnya kita di Mata Tuhan yang maha Pencipta.

Atas kekuatan semangat para peserta, serta dorongan ukhwah sahabat-sahabat, semua peserta berjaya mengharungi cabaran tersebut. Kekuatan inilah yang kita inginkan dalam membina satu kumpulan yang mampu mengharungi segala rintangan, bahkan mengubah dunia ini suatu hari nanti, insyaAllah.

Ini membuktikan bahawa seseorang muslim itu tidak lemah walaupun berada dalam bulan puasa ini, bahkan di bulan mulia inilah sejarah membuktikan peperangan besar berjaya dimenangi oleh orang-orang muslim.

saksikan video ekspedisi yang telah berjaya dirakam


Untuk Komen pada video, sila klik di sini

P/s: Pada bulan Ramadhan ini, kebanyakkan orang naik berat badan... JOM! Broga memang banyak membantu.

Wednesday, 25 August 2010

JOM! Kasih Ramadhan - Promo

0 comments


A contributing program to the community, in helping and sharing experiences with the old folks. The objectives of the program is to gain their stories, experience & advice for the youth inspirations. Besides, the students can apply what they learned in medicine by doing a free medical check up to the old folks.

log on to: http://www.journeyofmedichood.com

Saturday, 21 August 2010

JOM! Google

0 comments


As part of our effort to 'multi-skilling' our family members, we can't run away from all the rapid IT application development. And, the current in-thing is GOOGLE application!

The objective is to train as many as possible, but to start it off, let's TRAIN the 'SIFU'!

We will select and develop 'GOOGLE SIFU' among us, with hope, we can duplicate the same training in Mesir (Insyallah, Ameen). Those chosen, must commit to share knowledge with others later.

1st session: 10-1pm:Google Applications Training
2nd session: 2-5pm : Hands ON Workshop

Date: 26th August 2010
Time: 10 a.m. - 5 p.m.
Venue: 48, Jalan Kemuja, Bangsar Utama, 59000 Kuala Lumpur



'JOM! Google ' Workshop Synopsis

  • Know more about Google Inc. and what kind of cutting edge technology they are operating on. Learn the services offered by Google and how it opens new possibilities to improve communication, reliance and automation for FREE
  • Learn the Google way of handling email, websites, blogs, chat, corporate calendar and more, all from the comfort of your own domain,

It's FREE OF CHARGE
No skills required
Open to all old and new students






We pray that this effort would produce better 'MultiSkill' Muslim Doctors,Ameen.

p/s: Please bring your own laptops

Senarai nama JOM! Kasih Ramadhan 2010

0 comments


Terima kasih kami ucapkan kepada semua yang telah berdaftar, namun kami hanya mempunyai tempat untuk 40 orang sahaja. Di bawah ini merupakan senarai pelajar yang terpilih. Segala kekurangan amat dikesali.

PEREMPUAN
  1. Siti Halimah Abdul Rahim (Mansoura, Tahun 1)
  2. IRSALINA BINTI AMIRUDDIN (Mansoura, Tahun 1)
  3. MADIHAH BINTI MALIKI (Al-Azhar, Tahun 1)
  4. SITI NUR AZLINA BINTI ZOLKEFLE (Al-Azhar, Tahun 1)
  5. NUR LIYANA NAJWA BT IBRAHIM (Alexandria, Tahun 1)
  6. Fatimah Amira Binti Zuhairi (Alexandria, Tahun 1)
  7. Nur Ili Aqilah Binti Azzemi (Alexandria, Tahun 1)
  8. TENGKU NURLISA TENGKU AZELAN SHAH (Alexandria, Tahun 1)
  9. zur nadia fhatihah bt zulkifli (Tanta, Tahun 1)
  10. norsyazwani bt abu kasim (Tanta, Tahun 2)
  11. SITI ZUHAIRAH BINTI MOHAMAD RAZALI (Tanta, Tahun 2)
  12. Nurul Aini Izzati Binti Rodzi (Tanta, Tahun 2)
  13. SYAZANA AYU BINTI HUSSIN (Tanta, Tahun 2)
  14. nur amirah binti mohammed (Tanta,Tahun 2)
  15. NUR ANITH BINTI AMINUDDIN (Mansoura, Tahun 2)
  16. hur bt azmi (Alexandria, Tahun 2)
  17. puteri nuuraine ayu (Mansoura, Tahun 3)
  18. Siti Hajar Binti Salahuddin (Mansoura, Tahun 3)
  19. khairun nisa bt sulaiman (Mansoura, Tahun 3)
  20. kausar ahmad rodzi (Mansoura, Tahun 3)
  21. Fatimah Mohd Fauzi (Mansoura, Tahun 3)
  22. Engku Nor ALia binti Che Engku Khalid (Mansoura, Tahun 3)
  23. hazwani bt yaakub (Mansoura, Tahun 3)
  24. wan ruzanna shazni bt muhamad supian (Mansoura, Tahun 3)
  25. Assyakirah Binti Muhamad Asri (Mansoura, Tahun 3)
  26. Azzahra' Binti Muhamad Asri (Tanta, Tahun 5)

LELAKI
  1. omar bin mohamad yunos (Al-Azhar, Tahun 1)
  2. MOHAMAD ANAS SAFWAN B AHMAD NASARUDDIN (Al-Azhar, Tahun 1)
  3. firdaus hayie daud (Tanta, Tahun 1)
  4. mohamad amerul bin ahmad kabri (Tanta, Tahun 1)
  5. Hadi Bin Othman (Tanta, Tahun 2)
  6. Akmal Bin Osman (Alexandria, Tahun 2)
  7. Muhammad Shahir BIn MOhd Nadzir (Alexandria, Tahun 2)
  8. AHMAD NAHIRY BIN SUKRI (Alexandria, Tahun 2)
  9. AHMED NASRUL ASYRAF BIN NASRUDDIN (Alexandria, Tahun 2)
  10. shaqiq (Mansoura, Tahun 2)
  11. ‘Afif bin Abdul Latiff (Mansoura, Tahun 2)
  12. MUHAMMAD NAQIUDDIN B MOHD KHASSAN (Mansoura, Tahun 3)
  13. muhammad Zakwan Bin Ilias (Mansoura, Tahun 3)
  14. Aiman AbdulLatiff (Mansoura, Tahun 3)
  15. Aiman Jusri (Mansoura, Tahun 3)
  16. bunyamin abdullah (Mansoura, Tahun 3)
  17. izwan bin ibrahim (Mansoura, Tahun 3)
  18. khusyairy (Mansoura, Tahun 3)
  19. zul asyraf (Lain-lain, Tahun 2)

Peserta yang tidak menaiki bas:
  1. NUR ANITH BINTI AMINUDDIN (Mansoura, Tahun 2)
  2. hur bt azmi (Alexandria, Tahun 2)
  3. Engku Nor ALia binti Che Engku Khalid (Mansoura, Tahun 3)
  4. hazwani bt yaakub (Mansoura, Tahun 3)
  5. zul asyraf (Lain-lain, Tahun 2)