Tarikh | Masa | Aktiviti |
7 Ogos 2011 | 8 a.m 9 a.m 10 a.m 1 p.m 2.3 p.m 4 p.m 5 p.m 6 p.m 7.3 p.m 8.3 p.m 11 p.m | Ketibaan dan pendaftaran Ucapan alu-aluan Taklimat ringkas tentang program dan keselamatan Pembahagian group Ice breaking Solat Zohor Slot 1 Solat ‘Asar Sharing Moment (Mesir) Bazaar/Rehat/Persiapan diri Berbuka Solat Maghrib Solat Isya’ dan tarawih Tidur |
8 Ogos 2011 | 4.3 a.m 5.15 a.m 6.3 a.m 8 a.m 10 a.m 12.3 p.m 1 p.m 2.3 p.m 4 p.m 5 p.m 6.3 p.m 10 p.m 12 p.m | Qiam Sahur Solat Subuh Exercise + Games Persiapan diri Slot 2 Solat Dhuha Slot 3 LDK 1 Solat Zohor Slot 4 LDK 2 Solat Asar Rehearsal Persembahan Kumpulan (Seperti hari sebelum) Persembahan Kumpulan Tidur |
9 Ogos 2011 | 4.3 a.m 5.15 a.m 6.3 a.m 7.3 a.m 9.3 a.m 12.3 p.m 1 p.m 2 p.m 4 p.m | Qiam Sahur Solat Subuh Persiapan diri Slot 5 Explorace Persiapan diri (Baju JOM) Solat Zohor Majlis Penutup Penyampaian hadiah Fotografi Bersurai |
JOM! On Call 2012 (Pre-departure)
JOM! OnCall 2011 (Pre-departure)Laporan JOM! @ Pulau Kapas 2010 (Pre-departure)
JOM! Hiking @ Broga 2010
JOM! On Call 2012 (Pre-departure)
Nantikan kemunculan Program Pre-departure 2012, Ogos ini!!
Pendaftaran JOM OnCall 2011 (Pre-departure)
Semarakan semangat anda ke mesir dengan mengisi masa lapang anda dengan aktiviti-aktiviti berfaedah serta bermanfaat
Laporan JOM! @ Pulau Kapas 2010 (Pre-departure)
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. Dengan berkat doa serta sokongan dan dorongan dari pelbagai pihak, program pre-departure sulung telah selamat diadakan.
JOM! Hiking @ Broga 2010
Assalamualaikum, terbaru dari JOM! crew... Oleh kerana ramai yang sudah naik berat badan di bulan mulia ini...
Tuesday, 26 July 2011
JOM! On Call (Pre-departure) 2011: Tentatif Program
JOM! On Call: Notis Pemberitahuan
Merujuk perkara di atas adalah dimaklumkan bahawa, Program JOM! On Call 2011 telah diawalkan waktunya kepada:
7 Ogos 2011 sehingga 9 Ogos 2011, bersamaan hari Ahad sehingga hari Selasa
Hal ini adalah kerana terdapat sedikit masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan, justeru kami warga JOM! Crew berharap pemberitahuan ini dapat menjawab persoalan dari para peserta semua.
Selain itu, para peserta diminta untuk membuat pembayaran sebelum 6 Ogos 2011
Maklumat lanjut berkaitan pembayaran boleh didapati di sini (click)
*sila emailkan slip bayaran anda ke mansoura.medicmesir@yahoo.com
Segala kesulitan adalah amat dikesali
Saturday, 16 July 2011
Lokasi JOM! On Call (Pre-departure) 2011: Kenali Masjid Besi
"Masjid Besi" atau nama sebenarnya Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin merupakan masjid kedua Wilayah Persekutuan Putrajaya. Masjid ini terletak di Precinct 3, Putrajaya berhadapan dengan Istana Kehakiman. Nama masjid ini diambil bersempena dengan nama Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong yang ke-13, Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Terdapat 2 komponen utama kawasan masjid ini iaitu Kompleks Masjid dan Kiblat Walk iaitu laluan pejalan kaki yang menghubungkan kompleks Perbadanan Putrajaya dengan masjid.
Keunikan masjid ini terdapat pada struktur binaannya yang diberbuat daripada 6, 000 tan atau 70% besi keluli dan 30% konkrit. Ia dapat dilihat pada 'Masyrabiah' atau dinding luar masjid tersebut yang menggunakan teknologi dari Jerman dan Cina, anyaman besi keluli tahan karat yang telus kepada cahaya dan udara. Selain itu, ia juga menggunakan 13 meter panel kaca yang diimport khas daripada Jerman yang mempunyai kelebihan tidak memantulkan kesan cahaya terdapat pada kanan dan kiri masjid tersebut. Tambahan lagi, pada panel kaca tersebut terdapat ukiran ayat Al-Quran daripada Surah Al-Baqarah pada bahagian kanan, manakala pada bahagian kiri pula terdapat ukiran daripada Surah Ibrahim, dilihat seolah-olah terapung hasil daripada kelebihan pada ciri panel kaca tersebut.
Keindahan yang ada pada masjid ini dapat membuatkan peserta selesa dengan hembusan angin segar. Pada waktu malam pula, kilauan dan limpahan cahaya pastinya akan menjadikan pemandangan bertambah indah bagi peserta untuk merasai kedamaian dan ketenangan jiwa. Bersempena dengan bulan Ramadhan yang bakal menjelma nanti, diharapkan para peserta dapat menggunakan masa dan ruang yang ada dengan sebaiknya agar dapat mendekatkan diri pada Ilahi serta memperbaiki kelemahan diri.
Info tambahan:
- Mula dibina pada 5 April 2004
- 3 konsep reka bentuk iaitu 'angin', 'sederhana', & 'telus'
- Keluasan- 73, 800 meter persegi
- Dapat memuatkan seramai 20, 000 orang jemaah
- Menggunakan teknologi ultrasonic untuk menghalau burung
- Tidak mempunyai kipas atau aircond, sebaliknya menggunakan 'Gas district Cooling'
Sunday, 3 July 2011
JOM! On Call 2011(Pre-departure): Pendaftaran & Pembayaran

- JOM! semarakan semangat anda ke Mesir
- Jom! isikan hari-hari anda dengan aktiviti-aktiviti berfaedah
- JOM! rapatkan ukhwah pelajar-pelajar Mesir
- JOM! bersiap sedia dengan perkongsian pengalaman bersama
Janagn lepaskan peluang anda menyertai kami, pendaftaran dibuka kepada semua bakal-bakal pelajar yang akan ke Mesir. Keutamaan diberikan kepada pelajar-pelajar premed MM 2011
- Pendaftaran dibuka bermula 7 Julai sehingga 7 Ogos 2011:
- Bayaran sebanyak RM25 boleh dibuat melalui akaun sebelum 7 Ogos 2011:
Mansoura Consultancy
Bank: Maybank
No Akaun: 512802511290
Friday, 1 July 2011
Kata-Kata Aluan Pengarah Program JOM! On Call 2011
AIMAN BIN JUSRI
Pengarah JOM! 2011
بسم الله الرØÙ…Ù† الرØÙŠÙ…
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,
Alhamdulillah, lafaz syukur yang tidak terhingga dipanjatkan kepada Allah S.W.T kerana tahun ini, program Pre-Departure JOM! (Journey of Medichood) datang lagi! Program JOM! tahun ini yang dinamakan JOM! On Call 2011 berhasrat untuk ‘memanggil’ pelajar-pelajar yang bakal menceburi bidang perubatan, pergigian dan farmasi di Mesir untuk turut serta dalam program yang bakal dianjurkan pada 16-18 Ogos tahun ini.
Bertemakan ‘Rekindle the Lost Light’, program JOM! On Call ini bertujuan untuk memberi gambaran ringkas, namun jelas, kepada bakal-bakal pelajar jurusan sains perubatan terhadap kehidupan di Mesir. Sesuai dengan tema tersebut, kami, selaku pelajar-pelajar yang sedang menuntut di pelbagai universiti di Mesir berbesar hati untuk menghidupkan kembali semangat anda semua sebelum menceburi jurusan sains perubatan di Mesir. Dengan berbekalkan pengalaman menetap beberapa tahun di Mesir, kami berhasrat bertemu dengan anda semua untuk berkongsi pelbagai cerita yang menarik, suka dan duka, sepanjang berada di Mesir dan juga ingin membantu anda dalam persediaan sebelum berlepas ke Mesir.
Diharap dengan program seperti ini, para pelajar yang bakal melanjutkan pengajian di Mesir mampu menyesuaikan diri dalam persekitaran yang baru tanpa terkena ‘kejutan budaya’ apabila berada di Mesir kelak, dan berjaya dalam merealisasikan impian anda untuk menjadi seorang doktor Muslim. Insya Allah.
Justeru, kepada para pelajar yang berkobar-kobar untuk meneruskan pengajian sains perubatan ke Mesir, jangan lepaskan peluang yang menarik ini dan hadirkan diri anda ke program ini! Peluang sudah terbuka untuk mendaftar. Jumpa anda di sana ya! ;)
Monday, 27 June 2011
JOM! On Call (Pre-Departure 2011) - Promo 3
A pre-departure program for medical science students furthering study to Egypt. The program is designed, to allow sharing experiences from the seniors to the juniors & to strengthen the bond between them from the beginning. The journey begin this August 2011, don't miss!!!
for follow up information, log on to: http://www.journeyofmedichood.com
Friday, 24 June 2011
JOM! On Call (Pre-Departure 2011) - Promo 2
A pre-departure program for medical science students furthering study to Egypt. The program is designed, to allow sharing experiences from the seniors to the juniors & to strengthen the bond between them from the beginning. The journey begin this August 2011, don't miss!!!
for follow up information, log on to: http://www.journeyofmedichood.com
Subscribe to:
Posts (Atom)