Powered by Blogger.
 

Saturday, 21 August 2010

JOM! Kasih Ramadhan

0 comments

Assalamualaikum...

Bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ini Jom krew akan mengadakan satu program amal sambil belajar ke Rumah Jagaan & Rawatan Orang-orang Tua Al-Ikhsan.

Sehubungan dengan itu, anda semua dijemput untuk menghadirkan diri ke program ini

Tempat: Rumah Orang-orang Tua Al-ikhlas, Putra Perdana, Puchong, Selangor
Tarikh : 24 Ogos 2010 / Jam : 9.00 am - 10.30 pm
Tempat berkumpul : Masjid UPM
Bayaran : RM 20


Untuk meringankan lagi beban mereka, segala sumbangan boleh di bawa bersama ke program ini sama ada dalam bentuk wang atau pon benda.

Peserta juga diberi tugasan supaya membawa:
1) Buku Log
2) Cenderahati bagi ibu angkat yang bersesuaian


Antara aktiviti menarik seperti:
1) Mempelajari asas-asas pemeriksaan kesihatan (medical check up)
2) sesi curahan hati bersama orang-orang tersayang (Curhat)
3) Makanan istimewa semasa berbuka (iftar)
4) Ibadah sunat Solat Terawikh

klik di sini untuk daftar

p/s: Semoga usaha yang kecil ini di pandang tinggi oleh Allah Ta'ala

Friday, 20 August 2010

Laporan JOM! @ Sekolah 2010

0 comments

Segala puji bagi Allah tuhan semesta alam.
Dengan limpah kurnianya, satu lagi program JOM! telah berjaya diadakan pada 19 Ogos 2010 bertempat di SMK Putrajaya Presint 8 (1).

Krew JOM telah berkesempatan melawat sekolah tersebut untuk mengadakan satu pendedahan kerjaya, terutamanya berkaitan bidang perubatan.

Alhamdulillah, sambutan diberikan oleh pihak sekolah & para pelajar adalah amat memberangsangkan.

Lebih dari 40 orang pelajar aliran sains tulen telah berkumpul di dewan auditorium sekolah tersebut untuk mendengar taklimat. Mahasiswa & siswi perubatan yang terdiri dari pelbagai negara telah berkongsi pengalaman-pengalaman menarik mereka semasa berada di luar negara.

Ternyata minda para pelajar sekolah tersebut kini lebih terbuka bahawa, dengan menjadi doktor bukanlah semata-semata untuk duduk di hospital sahaja tetapi lebih dari itu.

Harapan kami pada perjumpaan tersebut, semoga sedikit sebanyak para pelajar di peringkat persekolahan mendapat idea berkaitan bidang perubatan, justeru supaya terus berusaha untuk menggapai cita-cita yang diimpi.

Diharap pada masa akan datang program JOM! sekolah ini akan terus berkembang agar dapat melahirkan lebih ramai lagi doktor-doktor muslim yang berjaya, insyaAllah.

Thursday, 19 August 2010

Laporan JOM! @ Kapas Island 2010 (Pre-departure)

0 comments
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. Dengan berkat doa serta sokongan dan dorongan dari pelbagai pihak, program pre-departure sulung telah tamat diadakan.

Program yang telah dijalankan selama 4 hari bermula dari 19 hingga 22 Julai ini telah memberi banayak pengalaman berharga kepada para peserta mahu pun ajk-ajk yang terlibat.

Perjalanan rombongan JOM! bermula dengan menaiki bas dari Masjid UPM yang mengambil masa selama 8 jam untuk tiba di Jeti Marang merupakan sebuah pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Kemudian, rombongan JOM! meneruskan perjalanan menaiki bot untuk tiba ke destinasi.

Setibanya di destinasi pilihan, para peserta telah diberikan chalet untuk menginap seramai 2 - 3 orang sebilik. Tmabahan lagi, aktiviti-aktiviti yang dijalankan juga adalah berjalan lancar serta berjaya mencapai objektif. Pengisisan program JOM! boleh dibahagikan kepada dua iaitu, aktiviti 'indoor' & 'outdoor'.

Aktiviti indoor yang telah diadakan bertujuan bagi memberi suatu pandangan baru kepada peserta untuk memahami tujuan sebenar mereka mengambil bidang perubatan yang sungguh mencabar ini. Di samping itu, ia juga bertujuan untuk menanam semangat yang tinggi agar menjadi seorang doktor yang cemerlang di dalam negara mahu pun ke persada dunia. Aktiviti-aktiviti indoor ini telah disampaikan oleh penyampai-penyampai yang hebat seperti saudara Amar rosliza dari UK, DR. Abdul Latiff 'cnsultant cardiologist' dan saudari Naaziarah Nazer pelajar mumtaz Mansoura.

Aktiviti oudoor juga berjaya melahirkan ikatan ukhwah peserta bagi membentuk satu kerjasama berpasukan di dalam sesebuah kumpulan. Tambahan lagi, aktiviti-aktiviti outdoor yang mencabar ini bertujuan untuk memberi persedian mental dan fizikal sebelum menghadapi cabaran di luar negara seperti kejutan budaya & cuaca. Aktiviti-aktiviti ini telah dizahirkan dalam bentuk Amazing Race & Snorkeling.

Program yang telah dijalankan ini bukan sahaja telah menghubungkan tali silaturrahim sesama pelajar, malah turut memberi impak besar kepada pelajar dengan satu semangat baru yang berkobar-kobar untuk menjadi doktor muslim yang berjaya dalam memartabatkan agama, bangsa dan negara ke mata dunia.

Thursday, 12 August 2010

Kata-Kata Aluan Pengarah Program JOM! 2010

0 comments











AIMAN BIN JUSRI
Pengarah JOM! 2010



بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,
Setinggi-tinggi syukur dipanjatkan kepada Tuhan Yang Maha Esa atas kesempatan yang diberikan bagi menyiapkan blog Journey of Medichood ini. Untuk pengetahuan pembaca sekalian, program JOM! 2010 atau ‘Journey of Medichood’ 2010 merupakan satu program yang bakal dianjurkan julung kalinya pada Julai tahun ini. Program ini diatur khas kepada pelajar-pelajar yang bakal menceburi bidang perubatan di Mesir. Tujuan program ini adalah untuk memberi gambaran ringkas kepada bakal-bakal pelajar jurusan perubatan terhadap kehidupan di Mesir.


Sehubungan dengan itu, program ini direncana dan diuruskan oleh pelajar-pelajar senior yang telah melalui kehidupan di Mesir. Diharap, dengan program seperti ini, para pelajar yang bakal melanjutkan pengajian di Mesir mampu menyesuaikan diri dalam persekitaran yang baru dan berjaya dalam merealisasikan impian mereka menjadi seorang doktor Muslim, Insya Allah.



Selain itu, program ini dianjurkan bertujuan untuk membina jati diri kita sebagai seorang pelajar Muslim. Seperti yang diketahui umum, Mesir Bumi Anbiya’ ini terkenal dengan dua model manusia yang telah lahir di zaman silam, iaitu Nabi Musa A.S dan Fir’aun. Nabi Musa A.S membawa simbol kebaikan manakala Fir’aun pula membawa watak antagonis dalam sejarah dunia kita. Lantaran itu, sudah menjadi pilihan kita sama ada kita mahu membawa watak sebagai Nabi Musa A.S ataupun Fir’aun apabila berada di Mesir kelak. Andai kata setiap pelajar sudah berjaya membina jati diri mereka sebagai seorang pelajar Muslim yang sejati, maka, tidak akan berlakulah ‘kejutan budaya’ kepada mereka dan seterusnya akan lahir lebih ramai model-model Nabi Musa A.S dari Bumi Anbiya’ ini, Insya Allah.



Justeru, diharapkan para pelajar yang berkobar-kobar untuk meneruskan pengajian perubatan ke Mesir dapat menghadirkan diri ke program ini. Masa masih ada untuk berdaftar. Jumpa anda di sana ya!

P/s: JOM ke Pulau Kapas!

Sunday, 11 July 2010

Notis kepada para peserta

0 comments
Semua para peserta diminta membuat bayaran secepat mungkin sebelum 18 Julai 2010.

Maklumat lanjut tentang bayaran boleh didapati di sini(click)

*sila emailkan slip bayaran anda ke mansoura.medicmesir@yahoo.com
*bawa slip(salinan) bayaran anda semasa pendaftaran(19 Julai 2010)

Wednesday, 7 July 2010

JOM 2010! : Pendaftaran dan Pembayaran

0 comments
Tiada rancangan semasa cuti musim panas di Malaysia?

Bosan duduk sahaja di rumah?

Inginkan pengisian dan aktiviti-aktiviti menarik?

Mahu menjelajah tempat menarik di Malaysia?

Kepada semua pelajar premed dan pelajar-pelajar tahun satu(Tanta/Alex/Mansoura/Cairo) yang berminat menyertai program musim panas ini yang akan diadakan di Pulau Kapas, Terengganu. Anda boleh mendaftarkan diri anda di dalam borang yang telah disediakan(klik sini) sebelum 16 Julai 2010.

Bayaran sebanyak RM150 boleh dibuat melalui akaun sebelum 18 Julai 2010:

Mansoura Consultancy
Bank: Maybank
No Akaun: 512802511290

*Sila emailkan slip bayaran anda ke mansoura.medicmesir@yahoo.com.

Tuesday, 6 July 2010

Lokasi JOM! 2010: Terokai Pulau Kapas

0 comments

Pulau Kapas merupakan salah sebuah pulau yang terletak di negeri Terengganu. Pulau yang terletak di Marang berdekatan dengan ibu negeri Terengganu, Kuala Terengganu telah menarik ramai pelancong untuk tidak ketinggalan mengunjungi pulau tersebut.



Pelancong-pelancong yang datang dari dalam mahu pun luar negara, sepertinya tidak ingin melepaskan peluang menikmati keindahan flora & fauna yang masih terpelihara. Selain itu, pantai Pulau Kapas yang putih bersih dan amat mengagumkan turut menjadi faktor utama tarikan pelancong ke pulau ini. Bagi para pengunjung, Pulau Kapas merupakan antara tapak menyelam yang terindah di dunia.

Di samping itu juga, pulau yang telah dibangunkan oleh rakyat tempatan ini menyediakan pelbagai kemudahan seperti tempat 'jungle tracking', snorkeling, menyelam dan sukan pantai. Penginapan yang ditawarkan juga sesuai dan selesa untuk didiami dari hostel berpatutan ke chalet mewah. Kemudahan-kemudahan ini sesuai bagi rombongan pelajar untuk menjalankan pelbagai program di samping menghirup udara yang segar untuk merehatkan minda.


JOM kita terokai Pulau Kapas sambil bersantai.